Tuesday, May 4, 2010

Melayu kita

Bermacam-macam karenah yang ada di dalam di dunia. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah mengapa kita taksub dengan parti masing-masing? Masing-masing sanggup bertikam lidah untuk mempertahankan parti masing-masing sampai sanggup bergaduh. Bila sudah bertegang urat & bertikam lidah untuk mempertahankan parti masing-masing, semestinya mereka tidak akan bertegur sapa, menarik muka, bermasam muka dan ermacam-macam lagi karenah yang akan berlaku seterusnya. Bahkan kejadian ini berlaku dikalangan adik beradik. Mana perginya pepatah melayu "Air dicincang tidak akan putus".Sudah tidak relevankah pepatah melayu tersebut?
Yang melayu sibuk bergaduh,bertegang urat dan bermacam lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan orang melayu. Bila bangsa melayu bergaduh sesama sendiri, bangsa lain pula mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Apa yang terjadi selepas itu? Semua menunding jari pada orang lain. Mencari kesalahan orang lain bukan mencari kesalahan diri sendiri. Bangsa lain bergembira melihat bangsa melayu jatuh bahkan mereka meraikan kejatuhan orang melayu.
Bangsa melayu yang semakin terpinggir di tanah sendiri. Bangsa lain pula menjajah sedikit demi sedikit. Bangsa melayu salahkan parti lawan umpama melukut ditepi gantang. Tidak kira UMNO atau Pas atau Parti Keadilan Rakyat. Sanggup bergaduh sesama melayu untuk mempertahankan parti.
Mana perginya perpaduan & muafakat dikalangan bangsa melayu? Kemana hilangnya tali persaudaraan sesama melayu? Bila kita akan bangkit? Bila kita akan sedar yang kita telah pun dijajah oleh bangsa lain secara perlahan-lahan. Memang kita sudah merdeka dari penjajahan barat tapi jangan kita lupa penjajahan bukan dari luaran sahaja tetepi dari segi pemikiran, budaya & mcam-macam lagi? Jangan disibukkan dengan kempen itu ini tetapi hanya di mulut.Buat anjakan paradigma untuk bangsa melayu.. Orang-orang melayu harus bersatu untuk mendaulatkan bangsa melayu agar bangsa melayu tidak diperlekehkan lagi oleh bangsa lain. Bangkit lah.... Sedarlah dari alam mimpi...

No comments: