Sunday, August 15, 2010

Doa Buka Puasa Menurut Hadith Sahih

Do'a dan puasa merupakan ibadat, dan sudah tentu bacaan-bacaan yang diketahui benar datang dari baginda saw menjadi keutamaannya untuk diamalkan. Sudah tentu dibulan yang penuh berkat ini, umat Islam ingin mencapai semaksima mungkin darjat ibadatnya kepada Allah swt, maka ini termasuklah membaca do'a berbuka puasa yang terbaik yang dapat dikaitkan dengan baginda Nabi saw seperti do'a dibawah ini.

Umar berkata : Nabi Rasulullah saw didalam berbuka puasa berkata :

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Translitrasi : - Zahabaz Zama'u wabtallatil 'uruuqu wathabatal Ajru Insyaallah.

Makna :-"Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah" -[Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar didalam al-Talhis al-Habiir (2/202) : Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadith ini Isnadnya
Sahih"

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

"Ya Allah, Aku telah berpuasa, keatas rezekimu aku berbuka" - [Hadith riwayat Abu Daud #2358, Ia mursal hadith maka ia bertaraf dhaif. Al-Albani telah mengkelas hadith ini Dhaif didalam Dhaif Abi Daud].

Disebabkan do'a didalam hadith diatas ini datang dari hadith dhaif (lemah), maka lebih afdal kita mengambil do'a alternatif yang lebih baik isnadnya yang dapat kita manfaatkan didalam amalan sunat membaca do'a ketika berbuka puasa.

Jadi,antara Hadith Sahih dengan Hadith Dhaif mana yang seharusnya kita ikut.?? Renungkanlah..

No comments: