Wednesday, May 5, 2010

Hari Ibu




Hari Ibu bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah menjadi budaya pada masa sekarang untuk menyambut Hari Ibu. Rasanya kita tidak sepatutnya mengikut budaya asing iaitu menetapkan satu hari dalam setahun sebagai Hari Ibu tapi sebaliknya kita jadikan setiap hari adalah Hari Ibu. Apa yang ingin disampaikan disini adalah kita tidak seharusnya meraikan Hari Ibu pada masa tertentu tetapi kita sambut setiap hari. Tidak bermakna selama 365 hari dalam setahun kita harus memberi hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah kita menjaga hati ibu kita & membahagiakan ibu kita yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Membawa kita kemana-mana. Menjaga kita semasa kecil. Tidak lupa pula pada waktu sakit. Bermacam-macam pengorbanan ibu lakukan untuk anak-anaknya. Betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap kita.

Tetapi pada masa sekarang macam-macam yang terjadi di dunia ini. Anak ragut rantai emak, anak tikam emak semata-mata kerana duit untuk beli dadah dan macam-macam lagi kejadian anak derhaka pada masa sekarang. Tidak pernahkah terfikir dibenak mereka semua tentang pengorbanan ibu terhadap mereka.Apalah hendak terjadi pada masa sekarang?

Pengorbanan ibu terlalu besar. Mereka sanggup bersusah payah unuk anak-anaknya. Sanggup berlapar untuk melihat anak-anak mereka makan. Sanggup memakai pakaian lama sewaktu hari raya semata-mata ingin melihat anak-anak mereka memakai pakaian baru. Macam-macamlah pengorbanan ibu terhadap diri kita. Mereka telah banyak berkorban untuk kita semasa mengandungkan kita. Kemudian melahirkan kita. Kemudian menjaga, mendidik kita, membesarkan kita dan macam-macam lagi.. Kita kenanglah kembali pengorbanan ibu selama ini..Doakan ibu-ibu kita berada dikalangan kekasih Allah. Akhir kalam SELAMAT HARI IBU.

SAYA SAYANG IBU SAYA



2 comments:

wan said...

IBU..UMMI..MOTHER..MAK..MAMA..

Aku Bah Nie Imah said...

selamat hari ibu juga
sama2 hargai dirinya...

salam perkenalan d'blog